Wednesday, February 11, 2009

Puteri Gunung Ledang The Musical Season III



Ahad lepas aku pegi menonton Teater PGLM kat Istana Budaya..............Apa yang aku boleh katakan ia "SUPERB"...................It is much much much much better than the first season yang aku pegi tengok tahun 2006.......Kisah percintaan yang ditonjolkan memang menarik dan dapat dirasai seluruh penonton.


Pada aku, para pelakon dapat membawa watak masing-masing dengan lebih sempurna. Mungkin disebabkan kebanyakan watak-watak utama masih dipegang oleh pelakon-pelakon yang sama. Ini menjadikan watak-watak tu lebih sebati dengan diri diorang. Kajian setiap watak dilakukan dengan lebih mendalam sehingga penonton dapat merasakan seolah-olah Puteri Gunung Ledang, Hang Tuah, Sultan Melaka dan Raja Majapahit yang berada di depan mata........Aku tabik gak ler kat AC Mizal tu sebab dia boleh bawa watak Raja Majapahit yg antagonis tu dengan baik.......Teringat plak aku kat CMP....Hehehehe....Stephen Rahman pun berjaya watak Hang Tuah dengan baik...Tak nampak dia janggal atau kekok dengan watak dan bahasa Melayu kita.........Takde ler rasa macam Antonio Banderas yang jadik Hang Tuah.


Kehebatan vokal pelakon-pelakonnya juga semakin mantap lebih-lebih lagi Datin Seri Tiara Jacquelina yang memegang watak utama teater ini iaitu sebagai Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah @ Puteri Gunung Ledang. Sememangnya dia berjaya memperbaiki mutu vokalnya. Waktu dia sampaikan "Tujuh Syarat" untuk Sultan Melaka tu, meremang gak bulu roma........Vokal Stephen Rahman Hughes yang pegang watak Hang Tuah pun tak mengecewakan penonton. Almaklumler, mat saleh ni memang pelakon teater muzikal yang hebat kat luar negara tu.......Vokal AC Mizal sbg Gusti Adipati @ Raja Majapahit dan juga Ida Mariana sbg Bayan @ Pengasuh Puteri juga sangat mengagumkan.


Tiara berjaya membuatkan penonton-penonton yang pernah menonton teater ini pada season yg lepas tak merasa bosan. Jalan ceritanya masih sama tetapi gaya penceritaannya diubah agar ia tidak stereotype. Dalam season ni, elemen-elemen magik juga turut dipersembahkan seperti Tiara tiba-tiba sahaja hilang di sebalik kain selubung Bayan. Panjang leher para penonton jenguk kat pentas nak tengok ada lubang ker kat situ??? Macam mana boleh hilang??? Aku pun sama gak ler.......Hebat illusionist diorang......Props dan efek-efek yang digunakan menjadikan kita sebagai penonton dapat merasai seolah-olah kita sendiri berada di zaman Majapahit dan juga kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Terdapat jugak elemen-elemen jenaka yang turut diselitkan dalam teater tu menunjukkan diorang ni pun manusia biasa yang juga berjenaka sesama mereka dalam kehidupan seharian.


Dari segi tarian plak, memang best.......Aku kagum dengan Tiara yang berjaya menari seolah-olah dia adalah puteri Majapahit yang sebenar. Yang aku kelakar bila si Adlin Aman Ramli @ Sultan Melaka tu menari ala-ala broadway....Macam gedik sangat dia nak kawin dengan Puteri Gunung Ledang tu.....

Part yang aku paling suka sekali bila Puteri Gunung Ledang bagi 7 syarat pada Sultan Melaka melalui rombongan yang diketuai oleh Hang Tuah sendiri. Pastu part yang best jugak, waktu Puteri tu halang Sultan Mahmud tu dari bunuh anak dia Raja Ahmad utk dapatkan semangkuk darah sebagai hantaran. Sultan tu murka dan sumpah puteri tu.........."Takkan boleh dilihat selepas matahari terbit. Barangsiapa melihat akan hilang nyawa bermuntah darah....!!!!!" Pergghhhhh.........Siap keluar api dari keris dia........


Ending dia bagi season ni lebih menyentuh perasaan ler.....Sebab menunjukkan kesedihan Puteri tu menunggu Hang Tuah kat puncak gunung ledang tapi hampa sebab Hang Tuah tak berjaya sampai......Part tu rasa macam nak menitik air mata..........


Tapi, apa yang aku boleh katakan kat sini....Teater tu memang best....Makcik aku yang peminat teater dari negara barat macam Cat & Mamma Mia pun tak percaya yang orang Malaysia berupaya menghasilkan teater muzikal yang "SUPERB" macam ni...........Aku siap bagi "standing ovation" pada pelakon-pelakonnya masa closing...........Aku pun berkesempatan ucap tahniah pada Stephen, Tiara, Adlin, AC & Ida Mariana masa sesi autograf.........


Aku sarankan sesiapa sahaja kat sini pegi ler tengok teater tu........Tiket utk season ni dengarnya dah habis walaupun dah ditambah satu hari lagi........Tapi tiket tu habis dijual dalam masa 2 jam sajer........Kalau citer tu keluar lagi utk season seterusnya....Cuma mungkin season2 akan datang bukan Datin Seri Tiara Jacquelina yang akan membawa watak Puteri Gunung Ledang.


Lastly.............Tahniah utk semua warga kerja Puteri Gunung Ledang The Musical Season III